Kenapa Anda Masih Tidak Berjaya Sampai Sekarang...?

Ramai di kalangan orang kita selalu berkata : 


1 ) "Kemelesetan ekonomi yang membuatkan masalah kewangan saya kian teruk"
2 ) "Company tempat aku kerja ni teruk dan rakan sekerja hari-hari menysahkan saya"
3 ) "Aku takde masa nak buat benda ni...asyik sibuk jer memanjang..."
4 ) "Asal nak pergi kerja je jalan jem...tak sudah2"
5 ) "Hanya bos yang boleh menentukan turun naiknya gaji aku ni..."


dan begitulah seterusnya, tak habis-habis kita merungut. Dengan ini, secara tidak langsung mindset kita akan berkata :


1 ) "Orang lain mesti berubah, baru aku boleh berubah"
2 ) "Bila keadaan / ekonomi berubah nanti, barulah hidup aku berubah kot...?"
3 ) "Bila kawan aku dah berjaya, baru aku nak mula buat macam dia..."






Adakah ini cara untuk anda mengubah hidup anda seperti ini adalah benar wahai saudara-saudari sekalian...? Ketahuilah bahawa ianya TIDAK BENAR SAMA SEKALI...Sekiranya anda mengalami situasi sebegini, anda sebenarnya adalah mangsa keadaan. Orang yang menjadi mangsa keadaan sebenarnya yakin apabila orang lain atau keadaan sekeliling berubah, barulah mereka akan berubah. Keadaan tak akan berubah melainkan kita sendiri yang mengubahnya.


gambar kiri : khairol r ( pengasas UNSTOPPABLE ) yang menjadi jutawan dalam masa 15 bulan


Tak kurang juga rungutan sebegini keluar dari mulut orang yang menjadi mangsa keadaan:


1 ) "Bilalah bos / supervisor aku ni nak mati...? Kan bagus kalau dia ni mati cepat...!!!"
2 ) "Kalaulah aku dapat jadi macam bos aku ni...kaya raya..."


Ini semua bukan lagi rungutan, tetapi dah menjadi ALASAN untuk menyatakan bahawa kehidupan yang anda pilih sendiri itu betul arahnya. Selagi anda berfikir hal ini bukannya salah anda, anda sebenarnya telah SILAP membuat percaturan hidup. Selagi anda berfikir anda adalah mangsa, anda akan berterusan menyerah diri kepada keadaan. Perkara-perkara sebegini tidak akan berubah melainkan anda telah bertindak untuk mengubahnya.


Kita juga biasa mendengar pekerja setia di sebuah syarikat yang telah kerja berpuluh tahun dan kemudiannya dibuang kerja, isteri didera suami yang mabuk dan peniaga bankrap kerana kemelesetan ekonomi dan pasangan ditipu jutaan ringgit. Orang-orang sebegini adalah salah satu mangsa keadaan. Mereka tidak mampu mengawal hidup mereka sendiri dan tak mahu berusaha untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.



Apabila seseorang itu berkata : "Eh, ni bukan salah aku laa...!!" ataupun "Bos, dia sebenarnya yang buat salah, bukan saya...", ini menunjukkan yang dia adalah seorang yang berasa dia berada di zon selamat. Mereka rasa tindakan mereka tu betul. Orang yang sentiasa berasa mereka berada di zon selamat akan menjadi DEFENDER sampai mati. Selalu merungut akibat diserang tetapi tiada tindakan yang dilakukan. GAJI BESAR, TAPI KERETA BERHUTANG, KAD KREDIT HUTANG DAN MASIH BEKERJA MAKAN GAJI. Hidup masih dibelenggu oleh orang lain, iaitu Taukeh...Dia yang makin kaya, bukannya kita.


Anda perlu menyedari bahawa setiap kali anda bertindak, anda perlu berkata "MESTI" atau "PASTI". Contohnya, kalau kita terlewat menghantar laporan kepada guru atau bos, kita secara tak sengaja akan berkata : "Aku MESTI siapkan laporan ni sebelum petang ini". Jadi, apakah keputusannya...? Laporan anda yang panjang berjela itu akan siap juga akhirnya hasil dari fokus yang mampan dan mantap. Ini berbeza dengan ayat " Aku RASA, MUNGKIN petang ni tak siap la..."...jadi, laporan itu akan tergendala dan anda tunggulah natijah yang bakal anda terima.


Untuk mencapai kemahuan kita, selalulah guna perkataan "MESTI:...Kata-kata kita keluarkan bakal menimbulkan emosi serta tindakan sama positif atau negatif. 


Kenapa perlunya istilah MESTI dalam hidup kita?


1 ) Jadikan matlamat anda sebagai satu KEMESTIAN dalam hidup. Contoh, "Tahun 2011 ni aku MESTI nak BEBAS dari hutang kad kredit..."


2 ) Apabila kita komited dan sanggup lakukan apa sahaja, kita akan mendapat jalan penyelasaiannya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Ramai dikalangan orang2 kita berkata GAGAL sebelum mencuba. Berbeza dengan bangsa yang lain. Di zaman sekarang, perbezaannya amat ketara.





3 ) Kita semua mempunyai tahap impian dan tahap penerimaan yang berbeza. Contoh, tahap impian Saudari A ialah membuktikan bahawa walaupun dia adalah ibu tunggal, tetapi dia boleh menjadi jutawan. Tahap penerimaan Saudari A pula ( kehidupan yang nyata ), beliau hanya mampu makan gaji RM1000 sebulan dan selalu berserah nasib kepada keadaan. Untuk mencapai matlamat, Saudari A perlu komited untuk menjadikan matlamat hidupnya menjadi jutawan dengan berkata " MESTI JADI JUTAWAN" dan dengan usahanya yang berterusan, tiada siapa yang boleh menghalangnya dari menjadi seorang jutawan. 


4 ) Kita mesti meningkatkan tahap penerimaan kita ( kehidupan yang nyata sekarang ) dengan bergaul dengan orang yang lebih baik. Orang-orang sebegini mampu memberikan inspirasi yang baik kepada kita dan menyebabkan kita akan berasa tidak puas hati dengan apa yang kita ada sekarang berbanding mereka.


5 ) Untuk mencapai matlamat, ANDA PERLU MENGAMBIL RISIKO DAN BERKORBAN HARTA. Ikuti kisah pengorbanan Sylvester Stallone sebelum mengecapi kekayaan di sini ( KLIK SINI ). Umumkan matlamat anda kepada keluarga dan kawan-kawan. Dengan ini, anda tidak boleh lari dari matlamat anda melainkan anda berusaha untuk mencapainya. Ramai orang nak berjaya tetapi tak sanggup berkorban wang ringgit untuk modal perniagaan walhal mereka tahu perniagaan itu potensinya sehingga membolehkannya menjadi JUTAWAN di usia muda.





6 ) Kata-kata yang anda gunakan bakal memberi kesan kepada minda dan emosi anda. Oleh itu, gunakanlah perkataan "MESTI" bagi mendorong motivasi dan tindakan dengan kadar segera. Jangan bertangguh lagi.


Dengan itu, tiada salah kalau anda alami sendiri dan mencuba revolusi perniagaan ini. Kesemuanya adalah sah di sisi undang-undang dan halal. Cuma, kenapa masih perlu beralasan lagi demi keluarga?


Lambang Kepada Sesuatu Kejayaan Adalah Perubahan Hidup Yang Telah Berjaya Dilakukan



Saya boleh dihubungi di nombor ini :


012-297 2898
Hairey


Wallahualam...

*
*
*
*
contact form faq verification image

Web forms generated by 123ContactForm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...