Demonstrasi Buah Lemon - Demonstrasi Bagaimana Nak Kaya...Tak Nak Cuba Ke...?

Percayakah anda dengan kuasa minda...? Kenapa anda percaya yang anda tidak mampu menjadi jutawan...? Kenapa anda tidak mahu percaya yang anda bakal memiliki kereta BMW 5 Series ataupun Ferrari...? Di sinilah kelemahan kita...Kita tak menyedari bahawa minda kita mampu mengubah nasib kita dan seseorang....Sekiranya anda berfikir yang hidup anda tak boleh kaya maka kehidupan anda akan sedemikian sampailah mati....


Tahukah anda bahawa minda kita adalah segala-galanya....? Teknik imaginasi visual amat membantu dalam mencapai sesuatu impian...Tak percaya....? Jom kita buat demonstrasi ni...


Demonstrasi ini dipanggil Demonstrasi Buah Lemon..





Baca perenggan di bawah ( sebaik-baiknya ianya dibacakan oleh orang lain dan anda hanya mengikut arahan...). Ketika mendengar, wujudkan visual imej dalam minda anda.


Tutup mata anda dan bayangkan diri anda sedang membuka peti sejuk di rumah anda. Di dalam peti sejuk itu, anda melihat sebiji buah lemon. Ianya berwarna kuning, besar dan masam. Bayangkan anda menghulur tangan dan memegang buah lemon itu. Rasakan kedinginan dan tesktur buah lemon itu. Sekarang, bawa lemon itu keluar dari peti ais dan letakkannya di atas meja. Seterusnya potong buah lemon itu dan lihat jusnya keluar. Ambil hirisan lemon yang anda potong itu, masukkan ke dalam mulut dan kunyah. Kunyah dan rasa betapa masamnya jus lemon itu pada lidah anda dan keseluruhan mulut anda. Pada masa yang sama, hidu baunya...


Sekarang, buka mata anda....


Dapatkah anda berasa air liur anda lebih banyak sekarang?
Dapatkah anda merasakan betapa masamnya jus lemon itu?


Apabila anda dapat membayangkan dengan jelas, anda pasti dapat merasainya dan ekspresi wajah anda juga menunjukkan kemasaman jus lemon tersebut. Apa yang menakjubkan di sini ialah lemon tersebut hanya berada di dalam imaginasi anda. Apabila anda bayangkan buah yang masam, otak anda akan menghantar isyarat neuron yang sama pada kelenjar air liur anda yang terhasil apabila anda memakannya dengan sebenar.





Demonstrasi yang kedua, anda bayangkanlah pula anda pergi umrah, pakai kereta Ferrari, BMW, umah banglo, berkahwin dengan gadis model yang cantik atau sebagainya. Biokimia di dalam tubuh anda akan mengubah imaginasi tersebut kepada tindakan. Ketika ini, minda anda berada di tahap positif yang maksimum...



Oleh itu, kesimpulannya di sini kita semua mampu mencapai impian yang kita nak...Cuma ianya terbatas kerana sikap pemikiran negatif kita....Antara salah satu penyebab masyarakat kita berfikiran negatif adalah kerana inilah kebiasaan yang dilakukan setiap hari ( KLIK SINI )


1 ) Spesifikkan matlamat anda
2 ) Rancang / Atur strategi
3 ) Tukar kepada tindakan..


Percayalah...!!!! Anda bakal Orang Kaya Baru yang seterusnya....You Are In The Next Level...Masih tak percaya dengan kemampuan minda anda....? Ini bermakna anda TELAH MATI sebelum MATI....Dalam erti kata pasar, anda telah putus urat nikmat...





Langkah untuk menukarkan IMPIAN kepada KENYATAAN telah banyak dibentangkan ke dalam blog picisan ini..Anda akui dan berkata ianya adalah peluang tetapi If You Say The Same, Your Life Remain The Same...Tiada keputusan yang anda berani lakukan bermaksud anda telah rela membiarkan diri anda menjadi MANGSA dan seterusnya menyalahkan orang lain dan Kerajaan...Walhal anda yang menentukan nasib anda sebegitu rupa....Wallahualam...


Alamilah sendiri revolusi perniagaan yang terhebat di dalam abad ini dan hubungi saya untuk penerangan secara percuma di talian 012-297 2898...

*
*
*
*
contact form faq verification image

Web forms generated by 123ContactForm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...