Apa Itu Skim Cepat Kaya, Skim Piramid dan Sistem Binari..?

Apa itu 'Skim Cepat Kaya'

Seperti yang kita semua ketahui, 'skim cepat kaya' adalah salah dan tidak boleh bertahan lama. Hanya orang terawal yang akan mendapat keuntungan dan orang yang terkemudian akan mengalami kerugian. Skim Cepat Kaya sebenarnya adalah satu permainan kewangan (Money Game). Orang yang menyertai skim tersebut hanya fikir tentang duit. Tiada produk diberikan atau jual. Tiada latihan atau latihan produk diberikan. Tidak perlu berkerja tetapi masih boleh mendapat 5 atau 10 kali ganda daripada apa yang mereka laburkan. la bukanlah pelan prestasi malah pelan yang pasif. Hanya janji palsu ditaburkan. Uptrend 'hybrid plan' adalah gabungan 2 pelan iaitu Pelan 'A' dan Pelan 'B' yang mana faedah atau bonus dibayar mengikut kepada prestasi jualan. Selain daripada itu Uptrend adalah syarikat berasaskan produk (sila rujuk kepada e-mall) Uptrend. Di Uptrend, tiada kerja, tiada duit'.


Apa Itu Skim Piramid

Secara amnya, semua ginologi syarikat MLM adalah seperti organisasi berbentuk piramid. Walau bagaimanapun, 'Skim Piramid' berbeza dan tidak bertahan lama. Kebanyakannya hanya mementingkan cari orang (Head Hunting). Tidak mementingkan jualan, jualan ulangan dan juga 'maintain'. Kebanyakkannya hanya orang yang awal atau orang atas sahaja yang mendapat keuntungan jika dibandingkan dengan orang bawah. Walau bagaimanapun, Pelan 'Hybrid' Uptrend adalah satu pelan yang menggalakkan ahli untuk menaja rakan niaga baru melalui Pelan 'A' (Fast Start) dan dalam Pelan 'B' pula ianya adalah Pelan Pengguna (User Plan). Pelan 'A' (Fast Start) bolehlah dianggap sebagai konsep jualan pertama. Pelan 'A' (Fast Start) adalah pemangkin kepada Pelan 'B' (Master Plan). Semua jualan ulangan akan dimasukkan dalam Pelan 'B'. Pelan 'B' Uptrend mewajibkan setiap ahli membuat jualan peribadi bulanan (maintain) sekurang-kurangnya 76 BV sebulan sebelum mereka layak untuk menikmati faedah atau ganjaran dalam Pelan 'B'. Begitu juga dalam Pelan 'A', ahli perlu maintain sekurang-kurangnya 5.7 MBV dalam Pelan 'B' untuk menikmati bonus dalam Pelan 'A' (ini boleh dilakukan melalui Sistem Auto Maintain Uptrend). Di Uptrend, walaupun anda orang yang terkemudian, anda masih mampu untuk mengatasi orang terdahulu dengan syarat anda berkerja bersungguh-sungguh. Melalui LCP (Program Pelanggan setia), ahli adalah digalakkan untuk membuat jualan. Kesimpulannya, Pelan Pemasaran "Hybrid' Uptrend menepati ketiga-tiga elemen peraturan penting bagi sesebuah syarikat MLM yang dinamik dan berjangka panjang.
 

Apakah Definasi Tentang Pelan Pemasaran Bainari Ortodox

'Bainari' bermaksud, 'Sistem Matrik Paksaan 2 x 2'. Sistem bainari yang lama menggalakkan orang menjadi malas dan syarikat pula hanya menggalakkan ahlinya menaja 2 orang sahaja. Penerimaan sistem bainari di seluruh dunia adalah bergantung kepada definasi dan strategi yang betul. Walau bagaimananpun pelan bainari terbukti sebagai pelan yang paling meledak (digemari) kerana ia hanya menuntut untuk menaja 2 orang sahaja dan ia mudah diduplikasi. Kebanyakan pemimpin yang tidak mendapat pendapatan yang tinggi dalam syarikat MLM yang menggunakan pelan unilevel, berjaya mendapat pendapatan yang tinggi dalam syarikat MLM yang mengamalkan pelan bainari. Sistem bainari membantu pemimpin yang lemah untuk mencapai pencapaian terbaik mereka. Pelan bainari adalah pelan yang paling mudah diduplikasi di dunia. Walau bagaimanapun, sama sepertimana pelan-pelan pemasaran lain, ia ada juga kelemahan. Kebanyakkan pelan bainari tidak dapat bertahan lama kerana tidak menitik beratkan jualan ulangan atau terlebih bayar bonus dan ini mengakibatkan syarikat terpaksa ditutup dan ahli kehilangan pendapatan.

Di Uptrend, ahli yang tidak membuat penajaan juga boleh mendapat pendapatan melalui Pelan 'B' dan LCA (Loyal Customer Program). Di Uptrend, ahli digalakkan untuk melakukan penajaan seramai yang mungkin. Sebab itu Uptrend membayar 6.9% bonus pada level terus (direct level) lebih kurang RM 15.20 bagi setiap produk pakej (220 BV). Dalam Pelan 'A', Uptrend membayar bonus berdasarkan jualan kumpulan. Ahli boleh membina 2 kumpulan, 4 kumpulan, 6 kumpulan, 8 kumpulan ataupun lebih daripada itu. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Uptrend tidak mengikut sistem bainari yang lama.

Semua komisen dan bonus dibayar mengikut jualan, tiada jualan tiada bonus. Selain daripada itu, Pelan 'A' hanyalah sebagai 'Fast Start'. Pelan 'B' adalah pelan induk (Master Plan) berdasarkan pelan unilevel. Jumlah pembayaran bonus ialah 80% berdasarkan BV. Sistem Uptrend telah diuji dan ahli-ahli Uptrend berpuashati dengan pendapatan yang mereka terima. Sudah semestinya, dengan adanya Uptrend, setengah daripada mereka sudah mengatasi pencapaian terbaik peribadi mereka setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. 



Untuk mendapatkan penerangan PERCUMA bagaimana nak mendapatkan income RM300 sehari, sila hubungi 012-297 2898 untuk temujanji usahawan.

*
*
*
*
contact form faq verification image

Web forms generated by 123ContactForm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...