Apa lagi rungutan anda hari ini...? Apa lagi alasan anda kali ini...? Tak sampai 2 bulan, dah dua kali harga petrol naik. Hermmm...Terasakah bagaimana peritnya keadaan hidup kita sekarang...? Perasankah anda bahawa nikmat hidup anda semakin terhakis...? Tak ada gunanya sekiranya anda semua merungut..Janganlah anda menunggu keadaan atau kerajaan akan berubah kerana tiada siapa yang akan dapat merubah kehidupan anda melainkan DIRI ANDA SENDIRI......Sedarkah anda bahawa selama ini anda hanya menjadi DEFENDER...? Sedarkah anda bahawa anda sebenarnya mampu jadi STRIKER...? Tahukah anda bahawa anda sebenarnya seorang yang HEBAT...?? ( bukan hebat komplen )
Alasan kerajaan menaikkan harga petrol hanyalah mudah sahaja..."KERAJAAN TAK DAPAT MENAMPUNG SUBSIDI PETROL KERANA HARGANYA DI PASARAN DUNIA SEMAKIN MENINGKAT IAITU $100USD SETONG DAN KENAIKAN INI TIDAK DAPAT DIELAKKAN..."saya dari dulu hairan kenapa Malaysia sebagai negara pengeluar tetapi masih bla bla bla....yang merasai kesempitannya ialah anda sendiri...Yang lebih menghairankan saya, tajuk berita sensasi ini di muka surat yang ke 2-3 belakang dan kecil sahaja ruang beritanya...Kategorinya pula bercampur aduk dengan berita yang entahapehapentah...Seolah-olah ianya tidak mendatangkan apa kesan kepada pembacanya...
Dengan ini, saya menyeru kepada anda semua...SEDARLAH...BANGKITLAH DEMI KELUARGA DAN ANAK-ANAK...buatlah sesuatu tindakan yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri selain dari KOMPLEN...Janganlah tunggu keadaan berubah kepada yang lebih baik dengan harapan kononnya dengan itu nasib anda juga akan berubah...PERSEPSI ITU SILAP SAMA SEKALI...
ANDALAH PENENTU HIDUP ANDA...BUKANNYA BOS ATAUPUN KERAJAAN...
Ingatlah kembali impian anda ketika remaja dahulu...bandingkan dengan keadaan sekarang...adakah ianya tercapai...? Ramai orang berkata : " Azam aku tahun 2011 ini ialah melaksanakan azam tahun lepas"...Ini adalah orang yang HIDUP SEGAN TAPI MATI TAK MAHU...
Ramai orang takut hendak mencuba bidang perniagaan kerana BANYAK ALASAN walhal mereka tahu bahawa 9/10 rezeki itu adalah dari bidang perniagaan...Kenapa perlu takut bro...? Saya yakin ada di kalangan pembaca entri ini pernah mengalami kesempitan wang yang kritikal sebelum ni, betul tak...? Tetapi hari ini anda dengan megah dapat berfesbuk dengan Oh! Media, melayari Youtube dan sebagainya...Jadi, adakah ini bermakna anda telah mengatasi KEGAGALAN...? Jawapannya ialah "YA"...Anda telah memenangi peperangan yang kecil...Dengan ini, ANDA JUGA LAYAK MEMENANGI PEPERANGAN BESAR iaitu mencuba sesuatu yang baru untuk mengubah taraf hidup....
Ramai orang takut berniaga sebab mereka tidak mampu mengukur kemampuan diri mereka sendiri..Akan tetapi, SYABAS kepada mereka yang telah mencubanya dan ada yang telah bergelar JUTAWAN....!!! Ramai orang berkata "AKU TAKDE MODAL LAAA...!!!" Tahukah anda, anda sendiri yang percaya bahawa anda MEMANG TAK ADA MODAL...jadi, macamana modal tu nak datang kalau anda sendiri yang minta sebegitu...?
Saya tak mahu bandingkan bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa yang lain kerana saya amat sayangkan bangsa saya sendiri iaitu MELAYU...Kita adalah rumpun bangsa yang terbesar di nusantara ini...kenapa masih kata kita GAGAL...? Sebabnya orang kita sendiri yang meletakkan kepercayaan bahawa bangsa Melayu adalah bangsa gagal...Jadi, gagallah ia sebab kita sendiri yang meminta Melayu jadi begitu...
Salah satu faktor yang menyebabkan fikiran masyarakat Melayu berfikiran negatif ialah lambakan berita-berita negatif di dada-dada akhbar...Ini amat merencatkan pertumbuhan minda yang positif...Bila tengok muka depan, penuh dengan gambar-gambar negatif dan adakalanya memalukan bangsa sendiri..Adakah anda berbelanja RM 1.60 sehari hanya semata-mata untuk negatifkan minda anda...? Cuba anda lihat akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Inggeris...Amat jauh perbezaannya...Saya banyak dapat info mengenai gadget-gadget elektronik terbaru dalam akhbar Cina dan berbahasa Inggeris...Fikir-fikirkanlah....KLIK SINI kalau tak percaya bahawa setiap hari minda kita dinegatifkan oleh akhbar2 tempatan......DAN SEBENARNYA BUKAN INI YANG ANDA MAHUKAN....!!!!
BERTINDAKLAH SEKARANG SEBELUM TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI....!!!
"ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESEORANG ITU MELAINKAN DIA YANG MERUBAH NASIBNYA SENDIRI..."
PARA PEMBACA SEKALIAN....KETAHUILAH BAHAWA KESUSAHAN YANG MENIMPA ANDA SELAMA INI SEBENARNYA ANDA YANG PILIH SENDIRI...DAN KETAHUILAH BAHAWA ALLAH ITU TIDAK AKAN SESEKALI BERLAKU ZALIM TERHADAP HAMBANYA....
BERTINDAKLAH SEKARANG.....
WALLAHUALAM....
BIARLAH PEMERGIAN KITA AKAN DITANGISI HATTA HAIWAN SEKALIPUN...
FROM ME...
012-297 2898
Harga Petrol Naik...? Apa Pula Komplen Anda Kali Ini...? Komplen Tapi Tak Bertindak Takde Maknanyer...!!!!
Web forms generated by 123ContactForm